Akaun madrasahmuhiddiniah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Ramadan adalah waktu yang baik untuk bersedekah
Jangan biarkan bulan Ramadan anda yang barakah ini berlalu sahaja tanpa sedekah dan amal baik. Mudah-mudahan Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita. 

كَانَ النَّبِىُّ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ جِبْرِيلُ  عَلَيْهِ السَّلاَمُ  يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Maksudnya:

“Nabi SAW adalah orang yang paling gemar bersedekah. Semangat baginda dalam bersedekah lebih membara lagi ketika bulan Ramadan. Ketika itu Jibril menemui baginda, Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadan. Jibril mengajarkan Al-Quran ketika itu. Dan Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah yang paling semangat dalam melakukan kebaikan bagai angin yang bertiup.”

(HR Bukhari & Muslim)




PELUANG UNTUK MENGUMPUL PAHALA SEBAGAI SAHAM AKHIRAT 

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

Amal jariah merupakan amalan yang terpuji di sisi Allah. Manusia yang paling beruntung adalah apabila dia berusaha melakukan amal jariah ketika di dunia dan pahalanya berkekalan sehingga akhirat kelak. 

Saudara dan saudari semua,

Marilah kita merancang bagaimana ingin mendapatkan saham pahala berterusan walaupun kita telah tiada di dunia ini.

Ayuh bersama-sama kami menghulurkan sumbangan bagi Dana Pembinaan Madrasah Addiniah Al-Muhiddiniah yang diasaskan oleh Mohd Mahayidin Bin Yunus ini.



"Misi Kami Besar, Tapi Dana Kami Kurang”

Bagi menjayakan pembangunan dan kos operasi, pihak Madrasah Muhiddiniah memerlukan RM 84 ribu sebulan dengan anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM 6.5 juta.

Pihak Madrasah Muhiddiniah menyasarkan bangunan baru ini mampu menampung 200 orang pelajar dalam satu-satu masa untuk mengikuti kelas pengajian kitab.

Sumbangan wakaf saudara dan saudari akan digunakan khas untuk membina bangunan pusat pengajian kitab turath yang menempatkan bangunan Masjid Utama sebagai tempat ibadat dan pusat pengajian, Dewan Utama, asrama pelajar lelaki dan perempuan serta rumah tenaga pengajar.



Kami amat berbesar hati sekiranya saudara saudari bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan yang seterusnya. Sumbangan ikhlas saudara saudari amat bermakna untuk pembangunan madrasah kami dan keseluruhan warganya.

Tanpa sumbangan saudara saudari, pembinaan yang dirancang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. 
InsyaAllah, setiap ayat yang dipelajari oleh pelajar-pelajar madrasah ini akan diraih pahalanya di akhirat kelak.

“Barang siapa meminjami Allah SWT dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” - Surah Al Baqarah, ayat 245



Salurkan sumbangan anda melalui:

Bank : RHB BANK
Nama : MADRASAH ADDINIAH AL-MUHIDDINIAH 
No Akaun : 2621 2000 0081 2 2
Reference: MADRASAH

Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 0137227890 (EN. ABDUL RAHIM)